SMK Pandan siap dibina pada 19 Disember 1997 dan dibuka pada 5 Januari 1998. Puan Azizah binti Idris dilantik sebagai pengetua pertama. Pada awal pembukaannya terdapat 46 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada 22 orang guru siswazah dan 24 orang guru bukan siswazah serta tujuh kakitangan bukan akademik. Awalnya sekolah ini mengandungi 4 blok bangunan yang terdiri daripada bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik ketua bidang, makmal sains dan bilik-bilik khas untuk mata pelajaran seperti bilik jahitan.
|