SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN: Ogos 2008

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN

BERILTIZAM MENUJU KEJAYAAN

Hebahan
  • Perhatian kepada semua guru dan pelajar, sepanjang minggu peperiksan percubaan PMR dan SPM berlangsung terdapat perubahan kedudukan kelas. Diharap para guru dan pelajar dapat mengambil perhatian berhubung maklumat ini.
  • Sesi persekolahan sepanjang bulan Ramadhan ini telah disusun semula. Untuk maklumat lanjut di harap para guru dan pelajar dapat merujuk jadual waktu persekolahan yang baru.
  • Aktiviti Merdeka!!!
  • Pertandingan mewarna terbuka kepada semua pelajar SMK Pandan akan berlansung dari 03 September 2008 sehingga 05 September 2008. Untuk pendaftaran sila berhubung dengan Puan Azziyati.
  • Pertandingan CrossWord Puzzle akan berlansung pada 02 September 2008, Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan guru Bahasa Inggeris anda
  • Guru Bertugas Minggu Ini Sesi Pagi dan Petang
  • Noria bt Mohd Sharif
  • Rosmina binti Ruzlan
  • Nor Azlan bin Mohd Shukur
  • Habibah binti Abdullah
  • Hasnidar bt Muhammadon
  • Noraein
  • Lee Yan Cheng
  • Aziz bin Dau
  • Kamaluddin bin Ismail
  • Norazlina bt Mohd Ramli
  • Petua Pelajar Cemerlang
  • kita ingat 10 % apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  • Waktu Solat

    Jumaat, Ogos 29, 2008
    Program Solat Hajat Perdana SMK Pandan

    Program Solat Hajat Perdana SMK Pandan bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2008 telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 serta ibu bapa masing-masing telah hadir untuk bersama-sama menyertai majlis solat berjemaah maghrib dan isyak serta bacaan yasin dan tahlil.




    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 2:14:00 PG   0 comments
    Rabu, Ogos 27, 2008
    KEM BINA SAHSIAH TINGKATAN 4
    Kem Bina Sahsiah SMK Pandan akan diadakan bermula pada 29 Ogos sehingga 30 Ogos 2008. Kem ini akan diadakan di sekitar sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. Semua pelajar tingkatan 4 yang beragama islam diwajibkan untuk menghadiri kursus ini. Diharapkan kursus ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat membantu pelajar-pelajar SMK Pandan memantapkan lagi pengetahuan mereka.
    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 2:12:00 PG   0 comments
    Selasa, Ogos 26, 2008
    Aluan Pengetua Sekolah
    Assalamualaikum W. b.t
    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 10:39:00 PTG   0 comments
    Jumaat, Ogos 15, 2008
    lencana sekolah
    Pereka Lencana : En. Abd Rashid Muda
    MOTTO: BERILTIZAM MENUJU KEJAYAAN
    Motto di atas membawa maksud yang luas berhubung keterlibatan secara bersungguh-sungguh, penuh tanggungjawab, komitmen, keazaman yang teguh di kalangan warga SMK Pandan dalam merealisasikan sesuatu kewajipan bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
    MAKSUD SETIAP SIMBOL
    Buku: Lambang ilmu pengetahuan
    Hitam dan putih: Bendera negeri Pahang
    Atom: Lambang sains / Kemajuan
    5 gelung : perpaduan / Kerjasama
    Kuning : Kecemerlangan
    Merah: Semangat kesungguhan
    Biru : Perpaduan / Keharmonian

    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 10:43:00 PG   0 comments
    Sejarah Sekolah


    SMK Pandan siap dibina pada 19 Disember 1997 dan dibuka pada 5 Januari 1998. Puan Azizah binti Idris dilantik sebagai pengetua pertama. Pada awal pembukaannya terdapat 46 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada 22 orang guru siswazah dan 24 orang guru bukan siswazah serta tujuh kakitangan bukan akademik.



    Awalnya sekolah ini mengandungi 4 blok bangunan yang terdiri daripada bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik ketua bidang, makmal sains dan bilik-bilik khas untuk mata pelajaran seperti bilik jahitan.






    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 10:35:00 PG   0 comments
    lagu sekolah


    (mula dimainkan pada 23 Mac 1999 semasa pelancaran Lagu dan Bendera Sekolah)


    Kita menabur jasa
    Pada agama dan negara
    Kita semua mempunyai misi
    Yang perlu direalisasi

    Marilah tanam dijiwa
    Kita membina cita-cita
    Bersama-samalah Beriltizam
    Menuju Kecemerlangan

    Rohani, emosi
    Jasmani, ilmu pengetahuan
    Kita kuasai
    Itulah tujuan harapan


    Tekad kami pelajar
    Berwawasan bersatu hati
    Mencapai hasrat supaya harum
    Namamu SMK Pandan


    (Gubahan: En. Ahmad Omar (JPNP) - Lirik: Pn. Mazlina Zulkifli dan En. Ahmad Omar)





    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 9:51:00 PG  
    falsafah sekolah
    Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Berkeyakinan Bahawa Setiap Individu Memiliki Potensi Diri Jika Diasuh, Dididik Dan Dilatih Dengan Sempurna Secara Berterusan Akan Dapat Mewujudkan Insan yang Berilmu, Berakhlak Dan Berketrampilan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.






    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 9:48:00 PG  
    visi dan misi sekolah
    Visi Sekolah

    Sekolah Menengah kebangsaan Pandan Cemerlang di Daerah Kuantan Tahun 2010



    Misi Sekolah



    Memberi Pendidikan Komprehensif Melalui Pelaksanaan Program Kokurikulum dan Sahsiah yang Terancang, Sistematik dan Berkesan.


    posted by Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur @ 9:35:00 PG  

    Sekolahku...

    Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

    SMK Pandan cemerlang di daerah Kuantan tahun 2010

    Info SMKP
    Berita Semasa
    Arkib Berita
    Pautan
    Anda Pengunjung Bertuah

    Hit Counter
    Free Counter